Wednesday, May 21, 2014

PROJECT REFLECTION TO MYSELF

Sepanjang 14minggu menyiapkan Anjung Mutiara projek, pelbagai pengalaman yang saya perolehi daripada projek ini. Pertamanya, saya dapat belajar dan memahami tentang kerja berpasukan. Tidak dapat dinafikan, sebelum ini saya hanya selesa bekerja bersendirian, dan pada mulanya saya ingin menjalankan projek ini secara bersendirian dan bukannya berkumpulan. Tetapi, setelah saya memikirkan bahawa saya tidak pernah menjalankan aktiviti secara berkumpulan, saya mengambil langkah dengan menyertai kumpulan retrospektif. Mereka banyak mengajar saya tentang semangat kerja berkumpulan.

Saya berbangga dengan diri sendiri yang mampu menyesuaikan diri dengan rakan-rakan kumpulan yang terdiri daripada latak belakang kehidupan yang berbeza. Sebagai contohnya, saya berasala dari perak, Faizal dari Sarawak, Fizi dari penang, dan Amy daripada KL. Saya dapat menyesuaikan diri dengan mereka malah lebih rapat dari sebelum ini lagi. Perbezaan umur juga menyebabkan kami mempunyai idea yang pelbagai sepanjang perjalanan projek ini.

Pengalaman yang paling manis apabila hasil kerja kami berjaya dicuba di bandar geortown, saya tidak sangka kami mampu berkerjasama sehingga ke tahap itu sekali. Ramai juga yang mencuba projek kami termasuklah pelancong asing sendiri yang memberi kata-kata nasihat serta mendoakan kejayaan projek kami.

Bukan itu sahaja, melalui projek ini saya mula memahmi bahawa seorang pereka grafik bukan sahaja mereka rekaan malah dapat menimbulkan suasana yang gembira penduduk setempat setelah mereka mencuba projek kami. Tidak dapat dinafikan juga bahawa perbezaan jadual waktu untuk bersama-sama menyiapkan projek ini, namun kami dapat mengatasinya. Salah satu cara adalah berkerjasama pada waktu malam, kami akan spend masa bersama untuk menyiapkan projek ini.

Tekanan, kebimbangan, kecelaruan, serta kekeliruan sentiasa membelanggu diri akibat pelbagai asignmnt lain yang kami perolehi. Disini juga saya dapat belajar membahagikan masa dengan sebaik-baiknya. Sekiranya ada lagi projek yang sebegini, saya akan menyertainya lagi untuk membuat penambahan diatas kekurang projek ANJUNG MUTIARA yang saya sertai didalam kumpulan RETROSPEKTIF dalam kelas KOMUNIKASI VISUAL.

Nasihat dan tunjuk ajar daripada DR Nurul, akan saya kenang selamanya. DR Nurul iaitu lecturer kami yang sangat mengambil berat tentang projek kami. Ketelitian dan kritikan selalu ditekankan oleh DR Nurul untuk membolehkan sesuatu rekaan menjadi perfect. Thanks a lot to her. Tanpa Dr Nurul, kami tidak akan mendapat GUIDELINE yang sebenar berdasarkan projek ini. Akhir sekali, saya HAPPY berkerjasama dengan RETROSPEKTIF dan DR Nurul yang banyak memberi respon yang baik sehingga kami berjaya menyiapkan projek ini dengan sebaiknya.

Tuesday, May 20, 2014

RETROSPEKTIF


Pertama sekali, jutaan terima kasih kepada rakan-rakan kumpulan yang selalu meluangkan masa bersama untuk menyiapakan Anjung Mutiara project yang dilakukan oleh kumpulan Retrospektif yang terdiri daripada saya, Faizal, Fizi, dan Amy. Tanpa mereka, projek ini tidak dapat disiapkan dengan sebaik mungkin. Walaupun terdapat pelbagai kelemahan-kelemahan yang kami semua lakukan sepanjang projek ini berlangsung, namun pelbagai pengalaman dan ilmu baru kami perolehi. Tidak lupa juga kepada DR, Zainurul Rahman yang sentiasa memantau dan mengkritik perjalanan projek kami. Ilmu yang diberikan sangat berguna. Walaupun kelihatan simple, tetapi banyak yang kami perolehi.

Pada mulanya, saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan dalam projek ini. tetapi selepas mendapat tunjuk ajar dan bimbingan dari DR Nurul, saya mula memahami sedikit demi sedikit tentang projek ini. Tidak dapat dinafikan projek ini pernah membuat saya stress akibat kekaburan tentang projek ini. Tetapi, selepas saya memahami dan tahu kesudahan projek ini, saya mula berasa exited untuk meneruskan projek ini dengan penuh bersemangat. Lihatlah gambar-gambar saya kelihatan gembira bersama ahli kumpulan yang lain, disitu membuktikan bahwa projek ini memberi kepuasan kepada saya. Sekali lagi, thanks a lot kepada DR Nurul kerana telah membimbing saya dan rakan-rakan. Sekiranya, ada yang kurang daripada projek ini, saya harap DR Nurul dapat membimbing kami lebih mendalam lagi pada masa yang akan datang. Satu lagi perkara yang paling penting, saya akan memanfaatkan ilmu ini sebaik-baiknya sehingga saya memasuki ke alam pekerjaan suatu hari nanti. DR Nurul, YOU ARE THE MOST BEST LECTURER yang pernah saya pernah jumpa. Tidak pernah lelah untuk melayan karenah kami disamping memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang berguna. :D




Retrospektif Project (Anjung Mutiara) Part 2











Retrospektif Projek (Anjung Mutiara) Part 1











Tuesday, April 29, 2014

PROTOTYPE VS MOCKUP

Pada pendapat saya, prototype dan mockup mempunyai maksud yang hampir sama namun terdapat sedikit perbezaan. Secara keseluruhannya, prototype atau mockup dilakukan untuk memberi gambaran yang jelas kepada pelanggan melalui objek yang kita bina.

Prototype

Prototype merupakan objek yang telah kita bina dan telah diuji sama ada boleh bertahan ataupun tidak dengan pelbagai material. Sebagai contohnya, permaianan teng-teng, saya menggunakan plastik transperant utk menggelakkan objek teng-teng tersebut menjadi kotor. Prototype hanya ada satu sahaja dan belum lagi dikomersialkan. Ini dilakukan hanya sabagai rujukan kepada pelanggan untuk memberi gambaran yang jelas kepada pelanngan tentang produk/projek/model iaitu objek yang telah kita siapkan.

Mockup

Mockup merupakan objek yang dibina secara real dan telah siap sepenuhnya. Kegunaan mockup digunakan oleh designer untuk mempersembahkan hasil projek kepada pelanggan tentang objek tersebut.


Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut, anda boleh layari link yang yang disediakan:

http://www.ucl.ac.uk/anthropology/people/academic_staff/s_kuechler/pdf/SKPrototype.pdf

http://www.protocam.com/html/rapid-prototyping-art.html

http://www.entrepreneur.com/article/80678

http://en.wikipedia.org/wiki/Prototype

https://www.google.com.my/search?q=product+prototype&rlz=1C1ASUC_enMY583MY583&es_sm=93&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ei=gmtgU7qOC8K4rgfBioHwAg&ved=0CAYQ_AUoAQ&biw=1366&bih=634


MOCKUP PROTOTYPE TENG-TENG

PICTURE OF MOCKUP PROTOTYPE




VIDEO - PENERANGAN TENTANG MOCKUP PROTOTYPE TENG-TENG



Tuesday, April 1, 2014

Thursday, March 27, 2014

COLOURFUL GAMES


COLOURFUL TENG TENG


COLOURFUL RUBBER BRACELETS


COLOURFUL TUJU KASUT