Tuesday, May 20, 2014

RETROSPEKTIF


Pertama sekali, jutaan terima kasih kepada rakan-rakan kumpulan yang selalu meluangkan masa bersama untuk menyiapakan Anjung Mutiara project yang dilakukan oleh kumpulan Retrospektif yang terdiri daripada saya, Faizal, Fizi, dan Amy. Tanpa mereka, projek ini tidak dapat disiapkan dengan sebaik mungkin. Walaupun terdapat pelbagai kelemahan-kelemahan yang kami semua lakukan sepanjang projek ini berlangsung, namun pelbagai pengalaman dan ilmu baru kami perolehi. Tidak lupa juga kepada DR, Zainurul Rahman yang sentiasa memantau dan mengkritik perjalanan projek kami. Ilmu yang diberikan sangat berguna. Walaupun kelihatan simple, tetapi banyak yang kami perolehi.

Pada mulanya, saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan dalam projek ini. tetapi selepas mendapat tunjuk ajar dan bimbingan dari DR Nurul, saya mula memahami sedikit demi sedikit tentang projek ini. Tidak dapat dinafikan projek ini pernah membuat saya stress akibat kekaburan tentang projek ini. Tetapi, selepas saya memahami dan tahu kesudahan projek ini, saya mula berasa exited untuk meneruskan projek ini dengan penuh bersemangat. Lihatlah gambar-gambar saya kelihatan gembira bersama ahli kumpulan yang lain, disitu membuktikan bahwa projek ini memberi kepuasan kepada saya. Sekali lagi, thanks a lot kepada DR Nurul kerana telah membimbing saya dan rakan-rakan. Sekiranya, ada yang kurang daripada projek ini, saya harap DR Nurul dapat membimbing kami lebih mendalam lagi pada masa yang akan datang. Satu lagi perkara yang paling penting, saya akan memanfaatkan ilmu ini sebaik-baiknya sehingga saya memasuki ke alam pekerjaan suatu hari nanti. DR Nurul, YOU ARE THE MOST BEST LECTURER yang pernah saya pernah jumpa. Tidak pernah lelah untuk melayan karenah kami disamping memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang berguna. :D




No comments:

Post a Comment