Wednesday, May 21, 2014

PROJECT REFLECTION TO MYSELF

Sepanjang 14minggu menyiapkan Anjung Mutiara projek, pelbagai pengalaman yang saya perolehi daripada projek ini. Pertamanya, saya dapat belajar dan memahami tentang kerja berpasukan. Tidak dapat dinafikan, sebelum ini saya hanya selesa bekerja bersendirian, dan pada mulanya saya ingin menjalankan projek ini secara bersendirian dan bukannya berkumpulan. Tetapi, setelah saya memikirkan bahawa saya tidak pernah menjalankan aktiviti secara berkumpulan, saya mengambil langkah dengan menyertai kumpulan retrospektif. Mereka banyak mengajar saya tentang semangat kerja berkumpulan.

Saya berbangga dengan diri sendiri yang mampu menyesuaikan diri dengan rakan-rakan kumpulan yang terdiri daripada latak belakang kehidupan yang berbeza. Sebagai contohnya, saya berasala dari perak, Faizal dari Sarawak, Fizi dari penang, dan Amy daripada KL. Saya dapat menyesuaikan diri dengan mereka malah lebih rapat dari sebelum ini lagi. Perbezaan umur juga menyebabkan kami mempunyai idea yang pelbagai sepanjang perjalanan projek ini.

Pengalaman yang paling manis apabila hasil kerja kami berjaya dicuba di bandar geortown, saya tidak sangka kami mampu berkerjasama sehingga ke tahap itu sekali. Ramai juga yang mencuba projek kami termasuklah pelancong asing sendiri yang memberi kata-kata nasihat serta mendoakan kejayaan projek kami.

Bukan itu sahaja, melalui projek ini saya mula memahmi bahawa seorang pereka grafik bukan sahaja mereka rekaan malah dapat menimbulkan suasana yang gembira penduduk setempat setelah mereka mencuba projek kami. Tidak dapat dinafikan juga bahawa perbezaan jadual waktu untuk bersama-sama menyiapkan projek ini, namun kami dapat mengatasinya. Salah satu cara adalah berkerjasama pada waktu malam, kami akan spend masa bersama untuk menyiapkan projek ini.

Tekanan, kebimbangan, kecelaruan, serta kekeliruan sentiasa membelanggu diri akibat pelbagai asignmnt lain yang kami perolehi. Disini juga saya dapat belajar membahagikan masa dengan sebaik-baiknya. Sekiranya ada lagi projek yang sebegini, saya akan menyertainya lagi untuk membuat penambahan diatas kekurang projek ANJUNG MUTIARA yang saya sertai didalam kumpulan RETROSPEKTIF dalam kelas KOMUNIKASI VISUAL.

Nasihat dan tunjuk ajar daripada DR Nurul, akan saya kenang selamanya. DR Nurul iaitu lecturer kami yang sangat mengambil berat tentang projek kami. Ketelitian dan kritikan selalu ditekankan oleh DR Nurul untuk membolehkan sesuatu rekaan menjadi perfect. Thanks a lot to her. Tanpa Dr Nurul, kami tidak akan mendapat GUIDELINE yang sebenar berdasarkan projek ini. Akhir sekali, saya HAPPY berkerjasama dengan RETROSPEKTIF dan DR Nurul yang banyak memberi respon yang baik sehingga kami berjaya menyiapkan projek ini dengan sebaiknya.

No comments:

Post a Comment